Jom Jadi Sahabat Dar Al-Kutub

Thursday, December 30, 2010

4 jenis manusia.kita ada di mana?

kata ulama', manusia ada empat jenis.
  1. Dia tahu yang dia tahu, inilah orang yang 'alim, maka belajarlah dengannya.
  2. Dia tahu yang dia tidak tahu, inilah orang jahil, maka belajarlah.
  3. Dia tak tahu yang dia tahu.
  4. Dia tak tahu yang dia tidak tahu, ini jahil murakkab..
renung-renungkanlah..

Tuesday, December 28, 2010

SOLUSI 27 (KELUARAN TERBARU) DAPATKAN SEGERA.


DAPATKAN SOLUSI DIKEDAI BUKU SAYA ATAU D E-STORE SAYA :
 http://www.stormreaders.net/ustazsyedbakri atau hubungi saya jika tuan/puan/cik berada di sekitar Ipoh.saya akan menghantarnya terus ke tempat anda. hubungi saya ustaz syed 0165463052.

Monday, December 27, 2010

Tiada Ketenangan Dengan Kepincangan Akhlak.

Daripada Al-Nawwas bin Sam'an RA: Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang kebaikan dan dosa, lalu Baginda menjawab :" kebaikan adalah akhlak yang baik, manakala dosa ialah apa yang berbolak-balik di dalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia mengetahuinya" (HADIS RIWAYAT IMAM MUSLIM)


Aduhai diriku dan dirimu wahai saudara pembaca..pernahkan kita melatakkan tangan kita ke dada untuk merasai debaran di dada, sebelum melakukan sesuatu perkara..fikir-fikirkanlah

DIPETIK DARIPADA BUKU 300 HADIS BIMBINGAN KE ARAH MENCARI REDA ALLAH

SUSUNAN : AF USTAZ ZAHAZAN MOHAMED & UST AHMAD HASAN MOHD NAZAM
HALAMAN 189.TERBITAN TELAGA BIRU SDN BHD

Saturday, December 25, 2010

TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN


 


Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi




Tingkatan TAQWA menurut Al-Kalbi ada lima.

  1. Takut kepada kufur,ini merupakan maqam Islam
  2. Takut melakukan maksiat, ini adalah maqam Taubat.
  3. Takut melakukan hal yang syubhah (samar), ini merupakan maqam Wara'
  4. Takut melakukan hal yang harus, ini tingkatan orang yang Zuhud.
  5. Takut jika terfikir selain daripada Allah. Ini merupakan tingkatan orang yang sampai kepada tahap musyahadah yakni (ihsan yang tertinggi)

sumber rujukan:

101 Doa Daripada Hadis-hadis Saheh buat saudaraku yang bermasalah, berharap & ingin kembali ke pangkal jalan, Ustaz Zahazan Muhammad,Halaman 4.

Friday, December 24, 2010

Assalamualaikum..makluman kepada pelanggan yang dihormati

assalamualaikum wbt

terima kasih kerana berminat untuk membeli buku ini..lihat harga yang telah ditetapkan,

cas penghantaranadalah seperti berikut:

rm 5.00 bagi sebuah buku dan tambahan rm1.00 bagi lebih daripada 2 buah buku.
masukkan ke dalam:
akaun bank islam saya 08013023275409 (SYED MOHD BAKRI BIN SYED ISHAK)
seleps transaksi sila sms (016546302), kepada saya judul buku, waktu transfer duit dan alamat rumah.

penghantaran buku akan mengambil masa 3-4 hari..syukran

                                                                saya pemilik kedai ni..

KAMI ANAK-ANAKMU




KAMI ANAK-ANAKMU
INGIN MEMOHON RESTU
WAHAI IBUKU WAHAI AYAHKU
AMPUNKAN DOSA-DOSAKU
WAHAI IBUKU WAHAI AYAHKU
REDHAKAN AKAN DIRIKU

KUHULURKAN SALAM UNTUK RASUL JUNJUNGAN
MOGA DISYAFAATKAN
YA ALLAHU YA RABBI YA FATTAHU YA ‘ALIM
YA RAHMAANU YA RAHIM

WAHAI TUHANKU KASIHI DAKU
KASIH IBU DAN AYAHKU
WAHAI TUHANKU RAHMATI DAKU
RAHMATI IBU DAN AYAHKU

SELAMATKAN MEREKA DARI AZAB NERAKA
DAN BENCANA DUNIA
HUBUNGKAN MEREKA DENGAN TALIMU
KUHULURKAN SALAM BUAT RASUL JUNJUNGAN
MOGA DISYAFAATKAN
YA ALLAHU YA RABBI YA FATTAHU YA ALIM
YA RAHMANU YA RAHIM


WAHAI TUHAN LIMPAHKAN HIDAYAHMU
UNTUK AYAH DAN IBUKU
WAHAI TUHANKU BERKATI DAKU BERKATI IBU AYAHKU
SAYANGILAH MEREKA SEPERTIMANA
MEREKA MENYAYANGIKU
DAN MENGASIHIKU WAKTU KECILKU
TAK TERBALAS BUDI JASANYA
DAN MENGASIHIKU WAKTU KECILKU
TAK TERBALAS BUDI JASANYA

KUHULURKAN SALAM BUAT RASUL JUNJUNGAN
MOGA DISYAFAATKAN
YA ALLAHU YA RABBI YA FATTAHU YA ALIM
YA RAHMANU YA RAHIM

WAHAI IBU WAHAI AYAHKU
DIDIKLAH ANAK-ANAKMU
MOGA MENJADI PENYEJUK DI MATA
PENAWAR RESAH HATIMU
AMPUNKAN SEGALA KETERLANJURANKU
HALALKAN MAKAN MINUMKU
DOAKAN SEMOGA AKU SELAMAT DUNIA DAN DI AKHIRAT
DOAKAN SEMOGA AKU SELAMAT DUNIA DAN DI AKHIRAT

KUHULURKAN SALAM BUAT RASUL JUNJUNGAN
MOGA DISYAFAATKAN
YA ALLAHU YA RABBI YA FATTAHU YA ALIM
YA RAHMANU YA RAHIM

Tuesday, December 21, 2010

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. 


Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. 

Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." 

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. 

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." 

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." 

Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. 

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Mutiara Kata

  1.  Belajarlah, karena tak ada seorang pun yang dilahirkan dalm keadaan pandai, dan tidaklah orang yang berilmu itu sama seperti orang yang jahil/bodoh. 
  2. Kebodohan itu ibarat kendaraan. Siapa yang menaikinya pasti hina dan siapa yang mengawaninya pasti tersesat. 
  3. Wahai saudaraku, engkau tidak akan mendapatkan ilmu kecuali dengan enam perkara, yang akan kukabarkan berikut perinciannya dengan jelas : Yaitu kesungguhan, harta benda (bekal), bergaul dengan guru, serta waktu yang panjang. 
  4. Bacalah yang terbaik kamu dapati, dan tulislah apa yang terbaik yang telah kamu baca dan hafazlah apa yang terbaik yang telah kamu tulis

Monday, December 20, 2010

Apabila Iman kita menurun

Assalamualaikum semua.

Iman kita yazid wa yanqus...(bertambah dan menurun), maka apabila ianya naik hendaklah dilakukan dan dijaga dengan istiqamah..namun ketika mana ianya menurun dengan malas melakukan ibadah kepada Allah, maka pada waktu itulah kita kena bersegera beristighfar kepada-Nya. memang lambat untuk kita menyedarinya, itulah gunanya teman untuk menegur kita akan apa yang sedang berlaku kepada kita. maka kita kena bingkas menyedarinya InsyaAllah iman kita akan terjaga.

Friday, December 17, 2010

Saidina 'Ali RA membicarakan kelebihan Ilmu daripada Harta

Dalam satu majlis ilmu datang 10 orang lelaki hendak menguji kehebatan ilmu saidina Ali. Lalu lelaki pertama bertanya, manakah lebih baik ilmu atau harta dan apakah dalilnya? Ali dengan tegas menjawab "Sudah tentu ilmu lebih baik daripada harta".
Lelaki pertama hinggalah yang kesepuluh bertanyakan soalan yang sama kepada Ali. Namun kebijaksanaan Ali beliau telah menjawab kesepuluh soalan lelaki tersebut dengan jawapan yang sama tetapi dalil yang berbeza. Dalil-dalil tersebut diringkaskan seperti berikut.

1. Ilmu itu warisan para nabi dan rasul, manakala harta warisan Qarun, Firaun dan Syaddad dan lain-lain.
2. Ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya.
3. Orang yang menpunyai banyak harta mempunyai ramai musuh, sebaliknya orang yang banyak ilmu mendapat ramai kawan.
4. harta itu apabila dibelanjakan akan berkurang tetapi ilmu jika diamalkan semakin bertambah.
5. Orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati sebaliknya orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati.
6. Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.
7. Harta mejadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati.
8. Harta semakin lama disimpan semakin usang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.
9. pemilik harta akan berkata harta itu milik mereka. Pemilik ilmu akan berkata ilmu itu milik Allah.

Akhirnya sepuluh lelaki yang hendak menduga Ali beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Saidina Ali dapat menjawab banyak jawapan hanya dengan satu soalan. "Sekiranya 100 orang yang bertanya sau soalan yang sama aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza", kata Khalifah Ali bin Abi Talib

Monday, December 13, 2010

Kelebihan Berpuasa Hari Ke-9 dan ke 10 Bulan Muharam (Esok & Lusa)


  1. Berpuasa pada hari Tasua', iaitu hari ke 9 pada bulan Muharram.

Ini berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ibn Abbas r.a:

لَئِنْ بَقَيْتُ اِلَى قَابِلٍ لَأَصُوْمَنَّ الْيَوْمَ الْتَاسِعَ.
Maksudnya: “Bahawasanya Nabi s.a.w pernah bersabda: “Jika sekiranya aku masih hidup sampai tahun yang akan datang, nescaya akan aku berpuasa pada hari ke-9 itu"

  1. Berpuasa pada hari 'Asyura, iaitu pada hari ke 10 pada bulan Muharram.

Ini berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Qatadah r.a:

أَنَّ النَبِيَّ (ص) سُئِلَ عَنْ صِيَامِ عَاشُوْراءَ فَقَالَ: " يُكَفِّرُ السَّنةَ الْمَاضِيَةَ".
Maksudnya: “Bahawasanya Nabi s.a.w pernah ditanya orang tentang puasa 'Asyura itu, lalu baginda bersabda: " Puasa (pada hari itu) ialah sebagai menutup dosa di tahun lalu"



Thursday, December 9, 2010

Alf Syukran buat Ustaz Nazrun

assalamualaikum wbt

terima kasih ana ucapkan kepada AF Ustaz Nazrun kerana sudi meluangkan masanya bagi membuat banner blog ini..segala jasa baiknya ..semoga Allah merahmati dirinya dan keluarganya..amin ya Rabb..

Sunday, December 5, 2010

Tazkirah Tahun Baru

assalamu'alaikum wbt.

Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan melainkan orang-orang yang mempelajarinya tanpa berguru dengan yang hak. Selawat dan Salam ke atas Nabi kita dan Tuan kita Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pembalasan kelak.


Para pembaca yang budiman,

Suka saya merujuk kepada bulan Zulhijjah 1431 Hijrah yang hari ini berada di hari terakhir menurut laman web Moonsighting, satu laman web yang saya kira berotoriti dalam menentukan kedudukan semasa bulan pada masa kini. Laman web ini telah disertai oleh ramai yang memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam ilmu falak dan melihat anak bulan. Menurut laman ini, anak bulan Muharram 1432 Hijrah sudah boleh kelihatan pada hari ini 5hb Disember 2010 pada pukul 5:37 minit petang waktu Greenwich.

Justeru, bagi negara-negara selepas 0 darjah, yang waktu terbenam mataharinya atau Maghribnya adalah sekitar waktu tersebut, maka sudah masuk 1 Muharram 1432 Hijrah pada masa tersebut dan bolehlah mengira tarikh tersebut bermula 6hb Disember 2010 Masehi. Manakala negara yang terkebelakang daripadanya, bolehlah mengira tarikh tersebut bermula 7hb Disember 2010 Masehi.

Pun begitu, saya menulis dengan agak tergesa-gesa ini kerana bimbang rakan-rakan yang melazimkan membaca dan mengamalkan doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah  ini terlepas pandang akan tarikh yang besar dalam sejarah Islam dan kehidupan sekelian umat Islam ini. Saya juga bersegera menyebarkannya kerana menurut amalan Salaf As-Soleh dalam Islam, adalah disunatkan berdoa pada akhir dan awal tahun Hijrah masing-masing pada selepas solat Asar dan sebaik sahaja masuk waktu Maghrib yang berlaku pada sehari sebelumnya. Ini adalah lazim, sama seperti kita bersolat Tarawikh pada malam 1 Ramadhan dan menyambut perayaan bermula daripada waktu Maghrib atau waktu matahari terbenam sebaik sahaja anak bulan telah disahkan kelihatan atau kiraan hisab telah digenapkan 30 hari kerana anak bulan tidak dapat dilihat.

Saya mengatakan ia adalah menurut amalan Salaf As-Soleh dalam Islam, setelah merujuk Kitab Tuhfatul Auton Wal Ikhwan karya tulisan Al-Marhum Sahibus Samahah, Mantan Mufti Besar Pertama Kerajaan Negeri Sembilan, Sheikh Haji Ahmad Bin Sheikh Haji Muhammad Said yang menulis bahawa amalan ini adalah benar amalan yang diambil daripada Salaf As-Solihin.

Menurutnya dalam kitab tersebut lagi, perkara ini telah diriwayatkan oleh Al-Allamah Ad-Dirobi di dalam kitab fawaidnya yang bersambung kepada Al-Allamah Jamaluddin cucu kepada Ibnu Al-Jawzi daripada As-Sheikh Umar "Ibnu Qudamah Al-Muqaddisi" (ada yang menyebut Al-Maqdasi) akan doa awal tahun dan akhir tahun ini daripada matan-matannnya sampailah kepada fadhilat-fadhilatnya. Kitab ini pada saya adalah sahih. Allahu Wa Rasuluhu A'lam.

Doa Akhir Tahun Hijrah adalah seperti berikut:
Manakala Doa Awal Tahun Hijrah adalah seperti berikut:
Seperti yang telah dinyatakan, Doa Akhir Tahun Hijrah diatas dibaca pada akhir solat Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah dengan jumlah ulangan sebanyak 3 kali. Dikatakan fadhilatnya bahawa sesiapa yang membaca doa ini, syaitan akan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".

Manakala Doa Awal Tahun Hijrah pula dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Dikatakan fadhilatnya bahawa sesiapa yang membaca doa ini, syaitan akan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Kedua-dua doa ini dan kelebihannya juga ada dipaparkan di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di alamat berikut: http://www.islam.gov.my/program/doamaalhijrah.html

Para pembaca yang dikasihi sekelian,

Akhir kalam, sebelum kita berhenti di sini dan bertemu lagi di lain lembaran tahun Hijrah, marilah kita sama-sama membanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.

Dan peringatan biasa daripada saya: Semoga kita insaf akan segala kelalaian, kesilapan dan kesalahan kita dan senatiasa bermuhasabah dan memperbaiki diri kita! Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada lalai dan leka, juga daripada maksiat dan berdosa. Senantiasalah kita bertaubat kembali kepadaNya dan mengajak sekelian ahli keluarga serta masyarakat kita bersama-sama bertaubat kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat senantiasa memeriksa diri dan perbuatan mereka, kemudiannya memperbaiki diri, keluarga dan masyarakatnya, serta memastikan segalanya senantiasa berada di jalan yang lurus lagi diredhai Allah SWT.

Saturday, December 4, 2010

MARILAH BERSAMA MEMAJUKAN EKONOMI UMAT ISLAM

Assalamualaikum wbt


dalam keadaa manusia memerlukan bantuan dari sudut pandangan dan sebagainya..buku adalah salah satu medium asas dalam mencari maklumat dan penambahan ilmu..justeru itu blog yang saya buat ini adalah semata-mata untuk mempermosikan kedai buku yang baru ana ceburi..dan ianya adalah online..sesiapa sahaja boleh nak mempermosikan buku-buku di dalam blog ini tanpa dikenakan bayaran satu sen pun..ok ws