Jom Jadi Sahabat Dar Al-Kutub

Monday, December 13, 2010

Kelebihan Berpuasa Hari Ke-9 dan ke 10 Bulan Muharam (Esok & Lusa)


  1. Berpuasa pada hari Tasua', iaitu hari ke 9 pada bulan Muharram.

Ini berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ibn Abbas r.a:

لَئِنْ بَقَيْتُ اِلَى قَابِلٍ لَأَصُوْمَنَّ الْيَوْمَ الْتَاسِعَ.
Maksudnya: “Bahawasanya Nabi s.a.w pernah bersabda: “Jika sekiranya aku masih hidup sampai tahun yang akan datang, nescaya akan aku berpuasa pada hari ke-9 itu"

  1. Berpuasa pada hari 'Asyura, iaitu pada hari ke 10 pada bulan Muharram.

Ini berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Qatadah r.a:

أَنَّ النَبِيَّ (ص) سُئِلَ عَنْ صِيَامِ عَاشُوْراءَ فَقَالَ: " يُكَفِّرُ السَّنةَ الْمَاضِيَةَ".
Maksudnya: “Bahawasanya Nabi s.a.w pernah ditanya orang tentang puasa 'Asyura itu, lalu baginda bersabda: " Puasa (pada hari itu) ialah sebagai menutup dosa di tahun lalu"



No comments:

Post a Comment