Jom Jadi Sahabat Dar Al-Kutub

Sunday, May 29, 2011

Dimensi Sabar Dalam Mentaati Allah

Menurut Imam al-Ghazali RA, sabar dalam mentaati Allah itu terbahagi kepada tiga yakni:
1. Sabar ketika hendak memulakannya.
2. Sabar semasa mengerjakannya.
3. Sabar selepasa mengerjakannya.

Sabar sebelum memulakan ketaatan ialah kita mampu menahan daripada godaan niat-niat yang lain kecuali demi mendapatkan keredhaan Allah,jangan sesekali mengharapkan pujian,pengiktirafan dan penghargaan daripada manusia.

manakala sabar semasa melakukan ketaatan adalah dengan menahan diri daripada segala kesusahan yang terjadi semasa kita melakukannya,umpamanya apabila menutup aurat,tentulah ada sedikit rasa panas, tidak selesa,dan terkadang disindir orang (jika kali pertama ingin berubah),namun kita terus istiqamah untuk melakukannya.

adapun sabar selepas melakukan ibadah pula adalah dengan menahan diri daripada bersifat riya'(menunjuk-nunjuk) sum'ah (suka mendengar pujian) dan 'ujub (berasa hairan dengan kemampuan diri).

menurut Imam al-Ghazali,sabar pada peringkat ini adalah yang paling sukar,ini adalah godaan yang menimpa hati
jika tauhid tidak dihayati,maka dengan mudah syaitan laknatullah akan menipu daya lalu terhapuslah segala kebaikan yang dibina.

ws.

No comments:

Post a Comment