Jom Jadi Sahabat Dar Al-Kutub

Tuesday, January 22, 2013

PAHANG MERATAH TERENGGANU 3-0(LIGA SUPER)

HEBAT TUK GAJAH...DOK SANGKE...3-0 MENANG MALAM NI...MABRUK..MABRUK, MASIH MEGANG CARTA LIGA LAGI..

Friday, September 30, 2011

InsyaAllah akan dibukukan buku ke-3 ana..

tajuknya :" mendamba keberkatan dalam hidup dan kelebihan istighfar"

Monday, June 20, 2011

Jemput ke kupasan buku di surau az-azhariah butterwoth malam ini selepas maghrib

jemput semua untuk mengikuti kuliah jemputan bagi mengupas buku tujuh golongan mulia di bawah 'arasyh Allah SWT..di surau az-azhariah, taman air tawar indah, teluk air tawar but'worth pulau pinang..pada malam ini selepas solat maghrib 21/06/2011

Tuesday, June 7, 2011

InsyaAllah buku ana telah berada di pasaran


kupasan buku akan di adakan di:

surau ahmad khalid klebang putra chemor 10.06.2011 (selepas mahgrib)
masjid jamek klebang restu 11.06.2011(selepas mahgrib)
dewan masjid sultan azlan shah 12.06.2011 jam 9.00 pagi
surau jalan pemimpin Ipoh 12.06.2011 (selepas maghrib)
surau diri jumaat klebang jaya 13.06.2011(selepas maghrib)
surau taman meru permai 14.06.2011 (selepas maghrib)

semua dijemput hadir

Sunday, May 29, 2011

Dimensi Sabar Dalam Mentaati Allah

Menurut Imam al-Ghazali RA, sabar dalam mentaati Allah itu terbahagi kepada tiga yakni:
1. Sabar ketika hendak memulakannya.
2. Sabar semasa mengerjakannya.
3. Sabar selepasa mengerjakannya.

Sabar sebelum memulakan ketaatan ialah kita mampu menahan daripada godaan niat-niat yang lain kecuali demi mendapatkan keredhaan Allah,jangan sesekali mengharapkan pujian,pengiktirafan dan penghargaan daripada manusia.

manakala sabar semasa melakukan ketaatan adalah dengan menahan diri daripada segala kesusahan yang terjadi semasa kita melakukannya,umpamanya apabila menutup aurat,tentulah ada sedikit rasa panas, tidak selesa,dan terkadang disindir orang (jika kali pertama ingin berubah),namun kita terus istiqamah untuk melakukannya.

adapun sabar selepas melakukan ibadah pula adalah dengan menahan diri daripada bersifat riya'(menunjuk-nunjuk) sum'ah (suka mendengar pujian) dan 'ujub (berasa hairan dengan kemampuan diri).

menurut Imam al-Ghazali,sabar pada peringkat ini adalah yang paling sukar,ini adalah godaan yang menimpa hati
jika tauhid tidak dihayati,maka dengan mudah syaitan laknatullah akan menipu daya lalu terhapuslah segala kebaikan yang dibina.

ws.

Friday, May 27, 2011