Jom Jadi Sahabat Dar Al-Kutub

Friday, December 17, 2010

Saidina 'Ali RA membicarakan kelebihan Ilmu daripada Harta

Dalam satu majlis ilmu datang 10 orang lelaki hendak menguji kehebatan ilmu saidina Ali. Lalu lelaki pertama bertanya, manakah lebih baik ilmu atau harta dan apakah dalilnya? Ali dengan tegas menjawab "Sudah tentu ilmu lebih baik daripada harta".
Lelaki pertama hinggalah yang kesepuluh bertanyakan soalan yang sama kepada Ali. Namun kebijaksanaan Ali beliau telah menjawab kesepuluh soalan lelaki tersebut dengan jawapan yang sama tetapi dalil yang berbeza. Dalil-dalil tersebut diringkaskan seperti berikut.

1. Ilmu itu warisan para nabi dan rasul, manakala harta warisan Qarun, Firaun dan Syaddad dan lain-lain.
2. Ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya.
3. Orang yang menpunyai banyak harta mempunyai ramai musuh, sebaliknya orang yang banyak ilmu mendapat ramai kawan.
4. harta itu apabila dibelanjakan akan berkurang tetapi ilmu jika diamalkan semakin bertambah.
5. Orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati sebaliknya orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati.
6. Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.
7. Harta mejadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati.
8. Harta semakin lama disimpan semakin usang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.
9. pemilik harta akan berkata harta itu milik mereka. Pemilik ilmu akan berkata ilmu itu milik Allah.

Akhirnya sepuluh lelaki yang hendak menduga Ali beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Saidina Ali dapat menjawab banyak jawapan hanya dengan satu soalan. "Sekiranya 100 orang yang bertanya sau soalan yang sama aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza", kata Khalifah Ali bin Abi Talib

No comments:

Post a Comment